Cushion Foundation, SPF dan PA+++

Cushion Foundation, SPF dan PA+++

Pemakaian cushion foundation kini bertambah meluas di kalangan pengguna kosmetik. Ini ialah kerana ianya sangat mudah untuk digunakan dengan tersedianya aplikator puff di dalam “casing”nya. Formulasi yang sesuai juga mampu menghasilkan kulit muka yang sekata dan menutup cela-cela yang ada.

Apa yang penting di dalam pemakaian bedak asas, ialah bedak asas itu harus mampu melindungi kulit muka anda daripada sinaran UV matahari dan sinaran UV di dalam bangunan yang berpunca daripada lampu, komputer dan sebagainya. Bedak asas atau “foundation” yang berkualiti semestinya juga akan membantu kulit muka kita menjadi kanvas yang cantik bagi mengaplikasi warna-warna yang sesuai dalam solekan seterusnya.

Berbalik kepada aspek perlindungan kulit muka daripada sinaran UV. Ini adalah penting dalam jangka masa panjang. Wanita sudah semestinya ingin kulit yang sihat, berseri dan cantik walaupun dalam umur yang sudah lanjut. Sebagai contoh, wanita yang berada dalam linkungan umur 50-an, sudah tentu inginkan kulit mukanya kelihatan seakan-akan 30-an. Ini bukan perkara mustahil jika penjagaan kulit muka bermula dari awal. Dari umur 20-an atau 30-an, pengguna haruslah peka tentang apa yang digunakan sebagai alat solek dan sudah tentu yang penting, alat solek anda harus memberi pelindungan daripada cahaya UV.

Cahaya UV yang memberi kesan kepada kulit terdiri daripada 2 jenis. UVA dan UVB.

  • UVA ialah cahaya radiasi yang menusuk masuk ke bahagian dalam kulit kita di mana UVA ialah punca kulit kita kelihatan matang sebelum waktu dan juga penyebab kanser kulit bagi yang suka berjemur;
  • UVB ialah cahaya radiasi yang menyebabkan kulit kita bertukar ke tona yang lebih gelap.

Cushion Foundation yang baik seharusnya mengandungi SPF dan PA. SPF bermakna Sun Protection Factor yang melindungi kulit kita daripada cahaya UVB. PA bermakna Protection Grade of UVA yang melindungi kulit kita daripada cahaya UVA. Dalam konteks gayahidup kita:

  • SPF melindungi dari UVB, yang akan melindungi kulit daripada nampak cepat tua;
  • PA melindungi dari UVA, yang akan melindungi kulit daripada menjadi lebih “tan” (walaubagaimanapun kulit “tan” pun sangat memukau ya 😊).

Tentang SPF. SPF berapa yang sesuai? Saya sarankan SPF 50 kerana mampu menyekat 98% cahaya UVB. Sudah tentu betapa terangnya matahari dan berapa lama anda berada di luar akan memberi kesan terhadap perlindungan UVB yang mampu diberi oleh produk yang anda gunakan. Tapi sebagai tanda aras, SPF 50 amat disarankan sebagai minimum untuk anda berada di pejabat seharian.

Tentang PA. Determinasinya ialah berapa ++ yang ada di PA produk anda. Secara asasnya:

PA+ memberikan sedikit lindungan UVA, PA++ memberikan lindungan sederhana, PA+++ memberikan lindungan tinggi dan PA++++ memberikan lindungan amat tinggi.

Betapa kuatnya SPF dan PA akan memberi kesan kepada tekstur produk. Sebagai contoh, anda jarang melihat SPF yang lebih tinggi daripada SPF 50 pada cushion foundation kerana ini akan menyebabkan formulasinya berasa berminyak dan berat pada kulit muka.

Maka pilihlah produk muka yang sesuai bagi ada yang boleh mencantikkan dan melindungi kulit muka untuk mengekalkan kecantikkan anda untuk tahun-tahun yang mendatang.

 

Back to blog