Kosmetik Halal dan Mudah Wudhuk daripada SLAE Cosmetics

Kosmetik Halal dan Mudah Wudhuk daripada SLAE Cosmetics

Adakah anda seorang yang mementingkan penampilan diri dan pada masa yang sama prihatin dengan kandungan kosmetik yang digunakan untuk merias wajah anda. Bagi yang bekerja, sudah tentu kita akan menggunakan kosmetik, paling kurang 8 jam dalam sehari. Ibarat sambil menyelam kita meminum air, alangkah baiknya jika kandungan di dalam kosmetik kita boleh merawat, adalah kosmetik halal, bersih dan seterusnya mudah ditanggalkan jika kita perlu mengambil wudhuk?

SLAE Cosmetics dibuat di kilang kosmetik yang mempunyai sijil halal daripada JAKIM. Jika anda telah mencubanya, sudah tentu anda akan bersetuju dengan ramai pengguna kami yang ianya bertaraf antarabangsa dari segi kualiti dan pembungkusan.

Mari kita bermula dari bedak asas. Jika ada bertanya dengan saya, bedak asas yang mana yang anda harus cuba dahulu, sudah tentu saya akan menjawab “Cushion Foundation!” Mengapa? Kerana ianya sesuai digunakan oleh pelbagai jenis kulit, walaupun kulit sensitif. Kandungan pegaga di dalam cushion foundation SLAE Cosmetics dari rangkaian Bare & Boujee, mampu merawat sambil mencantikkan kulit muka anda. Juga, tiada lagi masalah bedak asas bercapuk jika anda berpeluh. Saya mendapati cushion foundation ini amat digemari MUA-MUA terutamanya untuk merias pengantin. Maklumlah, cuaca panas dan kandungan lembapan di udara dalam negara kita amat tinggi. Dengan cushion foundation SLAE Cosmetics, sudah tentu pengantin akan konfiden yang muka mereka akan sentiasa “terletak”, selama majlis mereka walaupun selepas berarak di dalam cuaca yang panas. Mak andam pun tak perlu touch-up berkali-kali. Lebih menarik, kandungan SPF 50 PA++ di dalam SLAE Bare & Boujee Cushion Foundation sudah tentu akan melindungi kulit anda dari sinar UVA dan UVB. Saya pernah membaca mengapa wanita Korea mempunyai kulit yang putih dan mulus adalah kerana mereka sentiasa pastikan kulit mereka dilitupi produk yang mempunyai SPF.

Bagi yang bekerja, dengan hanya satu atau dua “facial wipe” anda boleh menanggalkan cushion foundation dan juga kosmetik SLAE pada wajah anda (termasuk maskara) sebelum mengambil wudhuk. Tak percaya? Cubalah dahulu.

Bagi yang mahukan lebih coverage, kami ada liquid foundation dan two-way cake. Mengenai two-way cake, saya sendiri pada mulanya tidak mencuba pun two-way cake ini kerana biasanya two-way cake sesuai dengan mereka yang berkulit berminyak dan saya mempunyai kulit yang kering (ya, mungkin faktor umur 😊). Tetapi setelah saya mencubanya minggu lepas, saya terus jatuh cinta dengan two-way cake SLAE Cosmetics. Kulit saya tidak berasa kering dan saya rasa tekstur kulit saya bagaikan “porcelain” dengan balutan two-way cake SLAE Cosmetics. Bagi yang inginkan kulit cerah, two-way cake dari SLAE Cosmetics mengandungi betonite clay dan desert date oil yang mampu mencerahkan wajah anda dan mengurangkan tompok hitam akibat cuaca panas. Mengenai Liquid Foundation pula, Bare & Boujee Liquid Foundation dari SLAE Cosmetics mempunyai empat tona wajah dari kod 01 bagi kulit cerah sehingga kod 04 bagi mereka yang mempunyai kulit yang sedikit tan.

Apa kata anda mencuba bedak asas dari SLAE Cosmetics? Saya akan menerangkan lebih lanjut lagi tentang produk-produk SLAE Cosmetics yang lain dalam penulisan selanjutnya. Yang penting, SLAE Cosmetics ialah kosmetik halal dan mudah wudhuk selain daripada mengandungi kandungan yang mampu merawat wajah anda.

Kami di SLAE Cosmetics amat mementingkan penampilan, kebersihan dan kesucian produk kami.

Kecantikan anda dengan SLAE Cosmetics adalah kebanggaan kami.

xxoo,

Back to blog